Monday, March 4, 2013

TMJ

TMJ....ad sape2 yg tahu pasai ni sila la angkat tangan..[hohoho].

Actually TMJ ni pun ummi br kenal. Rentetan dr dok berulang g jumpa Doc Jenizan laa. Doktor gigi dr klinik Pergigian Ikhlas. Lokasi di Bandar Tun Hussein Onn.

TMJ ringkasan dari Temporomandibular Joints.Ummi nk verita lebih lanjut pun takut tersalah cerita. Cuma yang ummi faham dari penerangan doktor adalah ummi mmpunyai masalah sendi muka/rahang.

sendi temporomandibular atau TMJ 











Masalah ni dapat dikesan lepas ummi buat x-ray. Sebelum ni ummi jmpa doktor Jenizan sebab nak buat tampalan gigi hadapan yang tercabut. Elok dh buat, selang 2 minggu tampalan tercabut balik. Doktor pelik laa macam mana tampalan tu bole tercabut padahal dia dah buat yang kuat & tebal. Lepas dia godek2 gigi ummi, dia tanya ummi ad masalah grinding ke?

Grinding ni adalah masalah suka kancing gigi waktu malam. Ummi memang ada masalah ini. Sebelum ni ummi rasa x de sbb mmber2 serumah dulu xpernah laa plak tegur. Tapi sejak kawin ni , baba selalu tegur ummi suka lagakan gigi time tidur. Mungkin penyakit ni timbul lepas kawin kot..[huhuhu].

Doktor tanya ummi ad rasa lenguh2 x kat tulang pipi, sakit kepala, rasa berat leher ker...semua simpton kat atas memang ummi rasa. Ni plak simpton TMJ yang ummi dapat dari pakcik google.

Gejalanya termasuk:
  • Sakit muka
  • Kesakitan pada sendi rahang dan kawasan berdekatan, termasuk telinga
  • Tidak dapat membuka mulut dengan selesa
  • Bunyi ketukan, bunyi pop atau berkeriut dalam sendi rahang
  • Rahang terkunci apabila mencuba membuka mulut
  • Sakit kepala
  • Gigitan yang tidak selesa atau merasa tidak ‘kena’
  • Bengkak pada sisi muka, leher, bahu, dan sakit belakang
Setelah dok bincang2 ngan doktor, penyelesaian bagi masalah ini dapat dikurangkan dengan treatment yang dibuat tiap2 bulan untuk jamgkamasa setahun. Ummi tanya laa kos brapa. Around RM 3500. Itu anggaran je..[huhuhu].Ada jugak rawatan yang murah.Iaitu pemakaian pelapik gigi untuk di pakai waktu malam, Ini untuk mengurangkan masalah grinding tu laa. Kos untuk pelapik ni saja dalam RM 400-500. Tapi kalau just amik pelapik gigi ni, doktor tidak akan membuat rawatan susulan untuk tiap2 bulan. Peninglaa ummi wes..mana satu pilihan yang tepat ni.Dahla kos2 sebelum ni dah dekat 1K habis.

Sekarang ni ummi tak bagi keputusan lagi. Masih dok mikir jalan penyelesaiannya. Tapi grinding ni tetap kena atasi. Kalau x, habislaa gigi ummi.




with love,

1 comment:

  1. Saya tadi baru balik dr klinik dr jenizan..dia cakap saya pon ade tmj...terkejut juga...umi dok mana? Saya dok suadamai hussein onn. Umi boleh contact saya? Just to share what should we do hah???? Saya pon blurrr je...fatimahzahra 0133322743

    ReplyDelete