Sunday, May 19, 2013

ALHAMDULILLAH..





with love,

Nice Moment in Krabi -Day 2

 Hari ke dua, kami buat aktiviti untuk melawat PHI PHI ISLAND. Ummi x ingat laa berapa pulau yang kami pi. 7 ke 8 pulau termasuk pulau yg Leonardo Dicaprio berlaon dalam cita THE BEACH tu.



Janji ngan agen yg uruskan pakej ni kul 830am di lobi hotel.Terasa lambat bebenor menunggu sebab waktu kat Krabi delay 1 jam. Maknanya waktu kita dalam kul  9.30am. Waktu sampai di Bamboo Island[pulau pertama], cuaca agak gelap walaupun masa nak naik bot cuaca sangat laa cantik. Perjalanan agak jauh gak laa. Areeb pura2 tdo sbb mb dia rasa takut kot dengan ombak yg kuat.

Lepas singgah di pulau ni laa ummi rasa mabuk lauk yg teruk sekali..siap muntah2 n rasa pening gila. Dalam keadaan gitu, ada jugak insan yg prihatin. Ada pelancong dari Thailad bagi ummi asam n minyak untuk redakan rasa mabuk tu.










Ni laa motor kami sepanjang 4 hari di Krabi.
 

with love,

Nice moment in Krabi....Day 1>

Agak lama cerita ke Krabi ditangguhkan..huhuhu..ummi x cukup masa laa nk berblogging..

Ummi n baba dah lama nak ke Krabi. N kebetulan bulan Februari ari tu ad Airasia promo, n ummi book terus tiket ke Krabi.

Hampir 2 bulan lebih menunggu, masanya dah tiba. 26.4.2013-hari pertama kami bertiga menjejakkan kaki di bumi Thailand. Kali pertama jugak kami travel ikut redah jer. Sampai2 terus cari teksi. Dengan bayaran 600 baht( RM 60 ), kami di bawa terus ke hotel penginapan kami yg berada di bandar Ao Nang. Kami menginap di J HOTEL. Hotel ni lama dah baba booking so dapatlaa dengan harga bajet iaitu RM 260 untuk 4 hari 3 malam..murah kan? sbb baba book time promotion. Harga dia berubah ubah ikut nilai matawang.


 Gambar areeb di hadapan pintu masuk hotel. Hotel ni di antara yg terdekat ngn pantai. Jalan kaki x sampai 5 minit dah nampak manusia2 berjemur. View dalam bilik ummi tak amik la plak sebab bilik sentiasa berselerak.

Lepas check in, baring baring jap, kami kuar. Guna tenaga kaki jer.Sampai laa ke sini kami jalan..


 Dah laa ummi pakai heel..agak jauh jugak laa..pastu g sewa motor dengan bayaran 200 baht utk tempoh 24 jam.






 Dah dapat motor..jalan2 ke pantai..


                                         Ni laa carrot juice versi krabi..carrot semata mata..







Pastu malamnya kami ke pasar malam Aonang yang terletak agak ke dalam. Tapi pasar ni cam pasar koboi je sebb peniaga dia x ramai pun. ummi x amik pic cengkerik, ulat n lipas goreng yg di jual di pasar ni. Kami beli selipar utk jalan2 je kat sini sbb xde apa yg menarik pn.






with love,

Sunday, May 12, 2013

Sebab musabab blog sepi.

 Lamanya ummi tak update blog..aktiviti blogging terpaksa dikurangkan atau dengan erti kata lain macam berlatih untuk menyepikan blog ni sebab kat opis dah x bole bukak internet.

Kalau nak harap update or blog walking kt umah memang payah ar..Masa yang ummi ada, ummi lebih suka habiskan untuk keluarga tersayang.

Ummi sekeluarga telah bercuti ke ......... minggu lepas. Nanti kalau berkesempatan ummi upload gambar k.

                                                   Atas flight..areeb x sabar nak landing...
                                        


Korang leh teka tak destinasi ummi sekeluarga ni kat mana?..hehehehe..nanti kita gebang kemudian k. Honeymun ummi untuk berempat..hihihihi..Insyaallah..







with love,

Sunday, April 28, 2013

Percutian di KRabi-urut urutan.

Sekarang kat  sini jam menunjukkan pukul 12.50 pagi..klau kat MAlaysia kna tmbh lagi sejam sbb sini delay one hour.UMmi update blog ni pn guna BB.

UMmi n baba baru blk dr sesi mengurut ni..terbaik laa ngurut kt sini.harga memang murah.sape2 yg dtg krabi ni klau x mengurut memg rgi ar.ni kali ke2 kami g ngurut.mlm pertama smpai sni(jumaat) d try.masa tu ummi try thai tradisional massage n baba plak amik foot n shoulder massage..ummi kna 200 bhat n baba plak 250 bhat.

Untuk mlm ni both of us try oil body massage n cost 300baht per person.urutan ni x sakit sgt mcm yg ummi try sblm ni..more to relax laa..pic plak ad kt kamera..nnti2 ummi upload pic k.

Mata pn dh ngantuk ni..ari ni saja 3 aktvt kami buat.byk crita menarik kt sini..nnti kita gebang lg k..nite alls.
with love,

Monday, March 4, 2013

TMJ

TMJ....ad sape2 yg tahu pasai ni sila la angkat tangan..[hohoho].

Actually TMJ ni pun ummi br kenal. Rentetan dr dok berulang g jumpa Doc Jenizan laa. Doktor gigi dr klinik Pergigian Ikhlas. Lokasi di Bandar Tun Hussein Onn.

TMJ ringkasan dari Temporomandibular Joints.Ummi nk verita lebih lanjut pun takut tersalah cerita. Cuma yang ummi faham dari penerangan doktor adalah ummi mmpunyai masalah sendi muka/rahang.

sendi temporomandibular atau TMJ 











Masalah ni dapat dikesan lepas ummi buat x-ray. Sebelum ni ummi jmpa doktor Jenizan sebab nak buat tampalan gigi hadapan yang tercabut. Elok dh buat, selang 2 minggu tampalan tercabut balik. Doktor pelik laa macam mana tampalan tu bole tercabut padahal dia dah buat yang kuat & tebal. Lepas dia godek2 gigi ummi, dia tanya ummi ad masalah grinding ke?

Grinding ni adalah masalah suka kancing gigi waktu malam. Ummi memang ada masalah ini. Sebelum ni ummi rasa x de sbb mmber2 serumah dulu xpernah laa plak tegur. Tapi sejak kawin ni , baba selalu tegur ummi suka lagakan gigi time tidur. Mungkin penyakit ni timbul lepas kawin kot..[huhuhu].

Doktor tanya ummi ad rasa lenguh2 x kat tulang pipi, sakit kepala, rasa berat leher ker...semua simpton kat atas memang ummi rasa. Ni plak simpton TMJ yang ummi dapat dari pakcik google.

Gejalanya termasuk:
  • Sakit muka
  • Kesakitan pada sendi rahang dan kawasan berdekatan, termasuk telinga
  • Tidak dapat membuka mulut dengan selesa
  • Bunyi ketukan, bunyi pop atau berkeriut dalam sendi rahang
  • Rahang terkunci apabila mencuba membuka mulut
  • Sakit kepala
  • Gigitan yang tidak selesa atau merasa tidak ‘kena’
  • Bengkak pada sisi muka, leher, bahu, dan sakit belakang
Setelah dok bincang2 ngan doktor, penyelesaian bagi masalah ini dapat dikurangkan dengan treatment yang dibuat tiap2 bulan untuk jamgkamasa setahun. Ummi tanya laa kos brapa. Around RM 3500. Itu anggaran je..[huhuhu].Ada jugak rawatan yang murah.Iaitu pemakaian pelapik gigi untuk di pakai waktu malam, Ini untuk mengurangkan masalah grinding tu laa. Kos untuk pelapik ni saja dalam RM 400-500. Tapi kalau just amik pelapik gigi ni, doktor tidak akan membuat rawatan susulan untuk tiap2 bulan. Peninglaa ummi wes..mana satu pilihan yang tepat ni.Dahla kos2 sebelum ni dah dekat 1K habis.

Sekarang ni ummi tak bagi keputusan lagi. Masih dok mikir jalan penyelesaiannya. Tapi grinding ni tetap kena atasi. Kalau x, habislaa gigi ummi.




with love,

Thursday, February 21, 2013

PMC-EDISI CIPTAAN UMMI

Semalam gigihlaa ummi menerai buat PMC (pure marine collagen) . Dah rendam semalaman. Pastu di basuh bagai nak rak,disental habis habisan .Ni la hasil dia..
tadaaa...................................
                                            
                                       

                                                                            ......................

                                                                           ........................

                                                                           . ......................





                                                Setelah dimasak,rupa dia macam agar-agar.

                     Letak banyak gula batu n daun pandan untuk hilangkan bau hanyir rumpai ni.


.

 tadaaa....banyak gak dapat. Untuk stok 2 bulan nie. Semuanya perisa milo sebab tu je yang ado. milo tu pun beli semata mata utk buat benda nie. Ummi x minum sgt air milo.

PMC ni elok dimakan semasa perut kosong. Waktu pagi selepas bangun tidur,n waktu malam sebelum tidur. Jika kawan2 ummi nak tempah PMC ni dengan harga istimewa, boleh laa hubungi my sista Maisarah.

with love,