Wednesday, January 30, 2013

Balik KG oo Balik KG..

Assalam..lama x update blog..Ntahlaa..mood malas melanda.
Semalam start keje dengan jaga kaunter. So lg laa x sempat nk update or bw.
Minggu lepas cuti kami sekeluarga balik kampung sempena cuti Maulud n sambung ke PH Thaipusam.
Ummi n baba amik 2 hari cuti tahunan. Dapatlaa seminggu dok kampung n balik kali ni ummi dapat bermalam agak lama di rumah sendiri di Kemahang. Mood ceria jer balik kampung this time..Dahlaa dapat g soping ke Rantau Panjang..Sangat puas hati dapat belanjaa maa beli barang2 yang dia nak.

Ummi borong pinggan mangkuk duralex untuk kegunaan harian. Sebab beli banyak set, tokey kedai tu kasi RM 30 per set. Harga semua sama bagi set lauk n nasi. Kira murah laa dari kedai2 lain yang kitaorg survey.
Maa plak amik pemanggang ajaib Vantage, kuali utk goreng lauk, tong air yang besar tu..[maa kate nak wat isi bubur time kenduri],. Selimut yg paten skg pn ummi beli. Memang puas hati laa. Duit pn banyak habis..huhuhu.. Beli baju2 kt adik2 n maa gak. Sangat puas soping sebab kami  p hari Isnin[cuti ganti Thaipusam], so org x ramai sgt. Kalau mintak kurang pn peniaga layan laa sebab x sibuk dengan pelanggan lain. Tokey kedai tu siap suh ummi amik borong brg2 n g niaga kat sini. Kalau beli brong mmg dpt lg murah..

Dah separuh soping, kami bwk maa n Bie[adik] g makan mee celup kat sebelah maydin. Maa kata sedap n katanya klau jalan ngn abah payah n bhenti hnti ni..hihihi. Tu yang maa suka soping n jalan ngn anak sbb dibwk pusing semua kedai. Pas makan n semayang kami sambung tawaf kedai lg. Dekat kul 5.30ptg baru kami beredar dari kawasan Rantau Panjang tu.


with love,


Tuesday, January 15, 2013

Wordless Wednesday...

Ni bukan wordless dah..byk cakap dah..
Pagi2 lagi ummi dh terima msg dr mokcik kyrah katering tanye bila nk pulangkan bekas2 dia..
Hello mokcik..aku pn x ingin laa bekas2 tu. Bukannye brand Tupperwear pn.

Servis katering dia dah lama. Masa ummi buat open house raya puasa ari tu lg. Dia dah claim duit tambang dr ummi. So dia kna dtg blk laa. Sebenarnya seminggu lps majlis dia ad call ckp dh ad kat putrajaya. Tapi masa tu ummi kat opis. Tengah kerja. Mana bole la sesuka hati nk tinggalkan kerja. Lagi pun dia dtg tanpa inform lebih awal. Ingat kita ni mcm dia ker. Sesuka hati nk p mana.

Pastu pagi ni msg ummi mcm tu lak.  Padahal sebelum ni ummi ad msg n call dia. Tapi dia x jwb n x angkat call pun. Wahai mokcik Kyrah Catering, ambo disini tidak kelapaq pn bekas2 cap ayam mokcik tu. Ummi bg tempoh smpai weekend ni. Kalau dia x datang ambik , memang merasa laa bekas2 tu terbang dari tingkat 7. SEKIAN.



with love,

Nak bercuti lg..

 Assalamualaikum..

Hari ni Airasia buat promo free seats. Gigihlaa ummi dok menekan keyboard tuk rancang percutian kami sekeluarga. Malangnye semuanya dusta belaka. Bila ummi letak tarikh yg kami bajet nak p, harga yg tertera mak oii bole pengsan..phewww~~~. lap peluh jap. Sama je mcm bukan promo punya harga.

Ummi mmg tiap2 kali Airasia buat promo ummi akan book satu tarikh utk kami sekeluarga pi holiday. Biar lama pn, at least kami ad percutian yg mnjadi moment indah buat kami sekeluarga. Kalau xder promosi gini mmg x merasa laa p holiday.

Destinasi destinasi seterusnya ialah Guangzhou n pulau redang. Ummi dh try book tp ini laa hasilnya..Ni ummi try book tu Guangzhou. Harga dh murah tu.Rm 1296 tuk 3 orang. Tapi dok main loading jer tak habis2.



                              Mula mula ok jer..dpt masuk tarikh dia kuarlaa regonye..

                                               Pastu....

                                                 Dok loading je...hampeh tul laa...

with love,

Wednesday, January 2, 2013

Singapore-Day 2-Sentosa Island

Assalam..

Ni kisah hari ke2 to Singapore lak. After check out dlm kul 12 tgh hari, kami p amik kawan ummi adik Ani Safiah kat umh sewa lama, Sib baik laa ummi ni jenis celik hati.Masih ingat kawasan tu even dah 4 tahun berlalu n bole plak jmpa umah sewa baru kwn ummi ni.

Rindunya ummi pada kawan ummi ni.Lama sungguh x jumpa sejak pindah putrajaya. Sebab Ani ni biasa jalan2 to Singapore, so ummi sewa dia laa tuk jadi tour guide kami . After immigration checkpoint kat BSI [pat keje lama ummi], kami naik yellow bus to Sentosa. Bayaran rm5 sorang.


                                                        Areeb wit baba atas yellow bus.


Dalam masa 40minit perjalanan gak utk sampai Sentosa ni. Rupanya Sentosa ni laa tempat segala hiburan kat Singapore ni. Kat sini laa ad nye ruang tuk Disneyland USS n Sentosa Island. Kalau x beli tiket utk USS pun kita bole bergambar n jalan2 diseluruh kawasan ini. Sangatlaa cantik. Kami naik MRT n tramp utk pusing2 kat sini. Foc je tau. Banyak tempat menarik n permainan utk budak2 cm areeb.







                                          Siap tapau KFC. Beli kat JB Sentral.

 
Annie..aku dh smpai sini..hihihi.



with love,

Singapore...Here we come..Day 1

 Last weekend kitaorg 3 branak ke JB n seterusnya ke Singapore. Trip yang dah lama tertangguh dek kekangan kewangan n masa.



                                 Kat sini laa org tua mcm ummi ni bole naik mainan budak2.

                                           Jurassic Park.



                                              Kat globe mercu tanda.

Kami gerak from Putrajaya hari khamis. Ummi cuti n baba amik half day. Jumpa Uncle Nasir areeb[opis mate baba] kat Nilai n konvoi to JB. Otw singgah kt JPO[Johor Premium Outlet].Kat sini brg2 dia sejibik kat shopping mall je.Rego pn sama. MAHAL.Standard orang atas2 je.

Kitaorg amik pakej ke USS n stay kat New York Hotel. Pakej 1 malam je tapi baba ask to stay lg 1 malam. Guna rate government staff dptlaa RM 155. Kalau x normal rate RM 210.
Kat atas tu semua pic utk day 1. Kami poi hari Jumaat.

Ejen yg handle grup kitaorg giler x best. Dahlaa lewat smpai. Geram betul. Masa smpai tu dah ramai org. Nak main satu2 game punya laa panjang queue. Tapi niat kitaorg p sna pn bukannya nak main semua game. Just nak jalan2 n main game yg areeb bole naik jer.

Yang paling best kat Far Far Away. Tgk show shrek yang 4D.Areeb siap nk capai bnda yg dishow sbb nama pun 4D kan.Bnda tu cam real je. Dengan air percik kat muka, dgn kerusi bergerak gerak bila naik kuda. Pendek kata best laa.

Areeb plak x suka amik pic. Geram betul. Ummi dia yg lebih2. [hihihi].

with love,

Tuesday, January 1, 2013

Selamat Tahun Baru 2013.

Selamat Tahun Baru 2013 buat semua.
Banyak aktiviti kami sekeluarga yg x sempat ummi ceritakan.
Nanti2 la yea.

Anak bujang ummi tahun ni dah jadi seniour kat nurseri dia.
Sib baik laa bangun pg ni x baynyak karenah. Maklumlaa dkt 2 minggu areeb x pi nurseri. [hihihi].
Sempat laa ummi snap pic dia yg xmo bergambar pg td.


                            Beg baru areeb.aD tayar lg..Nak cari Ultraman or Ben 10 tp xjmpa yg size ni.
                            Nampak x nama areeb kt atas tu.Hasil jahitan tangan ummi tu. hihihi.               
                                                                    Aksi kt lift.

                                                     Areeb xmo amik gmbr.

                                               Muka buat2 sleep.

with love,